MEXICO – Spekulasi yang tersebar sejak bertahun-tahun lalu bahawa
penyanyi Mexico, Ariadna Thalia Sodi Miranda mengeluarkan tulang
rusuknya untuk kelihatan kurus, akhirnya terjawab.
Penyanyi itu telah memuat naik gambar dia bersama tulang rusuk yang
disimpan dalam balang, dalam instragam miliknya.
“Anda rasa saya membuang tulang rusuk saya? Ya, Tidak? .
“Kepada peminat dari Filipina, ini buktinya. Saya sayangkan tulang rusuk saya.
Saya menyimpannya selama ini dan persoalan berterusan.” itu yang ditulisnya,
sekaligus terus mencetuskan persoalan lagi di kalangan peminat penyanyi
berkenaan.
Namun tidak diketahui sama ada sama ada imej di instagram itu betul atau
sekadar lawak jenaka.Thalia yang mempunyai peminat di kalangan penduduk
Filipina, dikatakan membuang dua tulang rusuknya untuk kelihatan ramping.
Beliau telah mencetuskan persoalan baru-baru ini apabila menyebut mengenai
perkara berkenaan dalam satu temu bual.-mynewshub