Panik Bola Golf Terlekat Dalam Faraj


Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan 
menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila 
bola berkenaan tersangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu
terpaksa dibawa ke hospital.

Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya,
lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi
tidak berjaya.

Kejadian malang itu berlaku apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya
melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.

Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya 
yang sudah nyenyak tidur.

Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak
itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.

Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang 
menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam
kemaluannya.

Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada 
di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya 
mahu membawa isterinya ke hospital, katanya.

Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan
 bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.

Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf 
selepas doktor berjaya mengeluarkannya, katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit 
membuat laporan polis tidak lama selepas itu.

Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan
ke jabatan agama untuk tindakan susulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah 
Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya
menerima laporan mengenai kejadian itu.
KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: