Sebagai Pengajaran !! Kerana Dendam 28 Keping Gambar Panas Guru Sekolah Disebarkan


Seorang guru sekolah menengah dianayai apabila 28 keping gambar-gambar
guru wanita tersebut dari sekolah menengah di Hubei telah tersebar meluas
di internet.Ia dipercayai dilakukan oleh seseorang yang berdendam dengan beliau.

Perkara ini bermula pada malam kelmarin apabila ahli yang tidak dikenali telah
memulakan topik "Gambar Bogel Guru Perempuan dari Hubei" ke papan mesej
QQ group, ataupun Qichun City Netizen Club, dengan memuatnaik 28 keping 
gambar guru tersebut serta maklumat peribadi beliau.

Guru wanita tersebut telah membuat laporan polis ketika wartawan menghubungi
nya.Menurut pengetua sekolah berkenaan, guru tersebut tidak mempunyai 
masalah dengan rakan-rakan sekerjanya dan pencapaiannya juga selalu yang 
terbaik. Beliau sekarang dikatakan mengambil cuti berikutan insiden tersebut.

Polis membuat kesimpulan awal bahawa kes ini ada kaitan dengan dendam 
terhadap guru tersebut. Bekas suami beliau sekarang menjadi suspek utama 
dalam kes ini.

KONGSI KEPADA RAKAN