Tidak dinafikan keadaan sekarang begitu mendesak khususnya dalam tuntutan
kewangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan harian khususnya di bandar-
bandar besar.
Kadangkala ada perancangan atau yang memerlukan komitmen kewangan yang
segera dan mendesak. Mungkin itulah yang terjadi kepada pemilik akaun
Facebook yang dirahsiakan identitinya ini.
Dia bertindak mengiklankan dirinya di laman sosial itu bertujuan melacurkan
dirinya untuk mendapatwang hanya RM300 sahaja yang terlalu diperlukannya.
“Aku nak melacur diri aku, untuk dapatkan RM300 keadaan yang sangat
mendesak,siapa yang nak tu mesej lah saya, kawasan Penang.
“Kawan pun tak nak tolong, jadi terpaksa aku melacurkan diri aku,” katanya.
Tidak diketahui apa keperluan yang sangat mendesak oleh wanita berkenaan
sehingga terpaksa melakukan kerja-kerja terlarang sebegitu.
Bagaimanapun haraplah pemikiran itu lebih matang dan tidak mengambil
keputusan terburu-buru sehingga tersilap membuat pilihan dan melakukan
kerja yang salah.
– mynewshub