Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah
dia ditangkap mencuri di China.
Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam
karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.
Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.
Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara
fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain
buruk untuk mengelak dibogel.Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu,
orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.
Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen
dari pengguna internet seluruh dunia.
Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang
sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering
menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan
melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.
Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan
pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri'
turut ditulis di badannya.
Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet
yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou
merupakan penyebab kejadian berulang.
Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari
pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada
kejadian ini.