Guru wanita sekolah menengah tanggal seluar dalam kelas


OKLAHOMA: Hari pertama seorang guru wanita bertugas di sebuah sekolah
menengah pasti akan dikenang ramai, termasuk anak muridnya, apabila dia
menanggalkan seluar di dalam kelas.Media semalam melaporkan Lorie Hill, 
datang bertugas dalam keadaan mabuk.Tanpa mendaftar kehadirannya lebih 
awal, Lorie, 49, meluru ke sebuah kelas kosong.

Menyangka ia adalah biliknya, Lorie kemudian menanggalkan seluarnya dan 
tindakan itu mengejutkan pelajar di luar kelas.Dia kemudian ditahan.


Sherif di Oklahoma berkata kejadian berlaku Isnin lalu di Sekolah Menengah 
Wagoner.Polis yang dipanggil ke sekolah berkenaan turut menemui botol 
minuman keras di dalam kenderaan yang dipandu Lorie.

Ketua Polis Wagoner, Bob Haley berkata, Lorie menanggalkan seluarnya 
menyebabkan petugas di sekolah berkenaan terkejut.Mereka juga mendakwa 
tidak pernah melihat Lorie sebelum itu.

Mereka sebenarnya tidak tahu Lorie adalah rakan sekerja baru kerana dia gagal
mendaftar dirinya pada hari pertama bertugas.- Agensi

KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: