Pakai Uniform Sekolah, Tetapi Ke Hotel Bajet Untuk Memadu Asmara


Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan 
lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui 
teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah...

Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya 
dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah
apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana 
berdua-duaan di bilik hotel. 

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang
akan menduduki peperiksaan itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya
 yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform 
sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar
Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan 
bangunan perniagaan Sura Gate. 

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak
beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan 
kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah 
dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk 
diambil keterangan. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) 
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. 

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 
atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: