Apabila Anzalna Nasir muatnaik gambar spender di laman sosial pasti mengejutkan ramai peminat ?


Mungkin kerana teringin sangat nak jadi kreatif, pelakon jelita Anzalna Nasir telah
memuatnaik sekeping gambar spender yang digunting-gunting beserta gambar wajah 
seorang jejaka yang menyerupai Diva Azwan Ali.

Gambar tersebut disertakan dengan caption "Tengah cari spender.." telah mengundang
lawak jenaka sebahagian peminatnya. Ada antara mereka mengakui tertipu kerana 
menyangka gambar lelaki itu ialah Azwan Ali padahal bukan.

Di sebalik idea pelik Anzalna itu, ada pula peminat menambah lawak jenaka dengan
mengatakan bersedia untuk membeli brand baru spender yang diubahsuai seperti dalam 
gambar terbabit.

Nampaknya, aktres berusia 26 tahun ini mempunyai ramai peminat dari kalangan lelaki.
Manakan tidak, kecantikan dan kejelitaan semulajadi miliknya menjadi antara daya
penarik.


KONGSI KEPADA RAKAN