Inilah Jadinya, Jika Buat Keputusan Kurang Cerdik !


SEREMBAN – Gara-gara ditegur ibu bapa agar menjaga pergaulan dengan lelaki,
seorang pelajar tingkatan lima bertindak lari dari rumah pada awal pagi Rabu lalu.

Chen Shu En,18, merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Seremban
2, di sini, dipercayai lari dari rumah bersama kekasihnya yang baru dikenali beberapa
hari lalu.

Bapa, Chen Chee Ming, 42, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan 
keluar rumah kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu.

“Saya mula sedar Shu En tiada di rumah ketika mahu mengejutnya pagi itu kira-kira 
jam 7 pagi. Saya terperanjat melihat dia tiada di bilik seperti biasa.

“Kakaknya ada mendengar bunyi pintu rumah dibuka sekitar jam 3 pagi namun tidak 
menyangka adiknya yang keluar rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat
Adun Bukit Kepayang, di sini, semalam.

Menurutnya yang tinggal di Garden Avenue, Seremban 2, di  sini, berkata, malam 
sebelum kejadian, dia ada memarahi anaknya itu supaya menjaga pergaulan.

“Saya memarahinya kerana sayangkan dia, saya tidak mahu dia berkawan dengan 
mana-mana lelaki kerana dia masih sekolah lagi.

“Saya tidak sangka tindakan saya memarahi anak menyebabkannya sanggup lari dari 
rumah,” katanya.

Ibu mangsa, Pang Yok Mei,40, berkata, dia berasa bimbang dengan keselamatan 
anaknya itu kerana Shu En meninggalkan rumah dengan hanya membawa dompet dan
telefon bimbit sahaja.

“Saya cuba menghubunginya banyak kali namun talian telefon ditutup. Saya sangat 
 bimbang keselamatannya.

“Saya bertanya kepada rakan-rakannya turut tidak tahu di mana Shu En melarikan 
 diri,” katanya.

Yok Mei berkata, dia mengesyaki anaknya itu melarikan diri bersama teman lelaki yang
 baru dikenali beberapa hari sebelum kejadian.

Sementara itu, Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berharap remaja itu pulang segera
tanpa memikirkan pertelingkahan keluarga yang berlaku.

“Kita akan bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti di mana dia berada dan 
 bersama siapa.

“Orang ramai yang melihat Shu En bolehlah menghubungi balai polis berhampiran 
 ataupun menghubungi pejabatnya di talian 06-6015557,” katanya.

KONGSI KEPADA RAKAN