Kejam!!! Gadis Bakal Mendirikan Rumah Tangga Dihenjut Paksa Dua Lelaki Berkopiah

Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas
apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah 
kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari dua
lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman 
permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki
mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan
menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.

Pada masa sama, tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun
gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek
membawa lari mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Harian Metro difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya 
menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek
merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi,
di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa 
dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.

“Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya 
Gading, di sini, sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut
berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian,”
katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan 
empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada 
bulan lalu.

KONGSI KEPADA RAKAN