Gempar !!! Wanita Disetubuh Tujuh Lelaki Dalam Sebuah Flet

 
SEREMBAN: Tujuh sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, kerana merogol
seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah flet di Garden Avenue, Seremban 2 di sini,
minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka melakukan perbuatan itu pada 11 hingga 15 September 
dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman
penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Semua mereka yang berusia antara 18 hingga 24 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak
bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datuk
Jagjit Singh Bant Singh.

Jagjit membenarkan semua tertuduh diikat jamin antara RM3,000 hingga RM6,000 dan
kes disebut semula 20 Oktober depan.

KONGSI KEPADA RAKAN