Hukum Mencukur Bulu Kemaluan..?


Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang
tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. 

Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara 
bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada 
kulit yang menggugurkan bulu kulit itu. 

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung 
mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibat-
kan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu
atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya 
kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik
perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, 
mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak 
dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”.
(Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu
kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki 
mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan
atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. 

Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri
untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu 
muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang
menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang 
membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh 
menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih 
cantik, maka lakukanlah.”. 

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu 
yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati 
dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang 
perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.
KONGSI KEPADA RAKAN