Kuala Lumpur: “Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!” tegas pelakon dan
pengacara Tasha Shilla yang terkejut dengan dakwaan terbaru mengatakan dia melakukan ‘perbuatan sumbang’ dengan teman lelakinya Han di set penggambaran,
baru-baru ini.
Tasha atau Natashasheilla Abdul Razak, 27, berkata, tuduhan kononnya dia ‘memadu
asmara’ dengan kekasihnya di dalam bilik air di sebuah lokasi drama bersiri Maaf Jika
Aku Tak Sempurna yang menjalani penggambaran adalah fitnah mengaibkan.
“Saya sampai tak tahu nak respons apa. Memang mengejutkan sebab macam tak
“Saya sampai tak tahu nak respons apa. Memang mengejutkan sebab macam tak
sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini.
“Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya
“Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya
macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan.
“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?”
katanya, petang semalam.
Sumber yang juga kru produksi drama bersiri 32 episod itu mendakwa berasa jelak
Sumber yang juga kru produksi drama bersiri 32 episod itu mendakwa berasa jelak
dengan sikap Tasha yang tidak sensitif dan segan kerana berkelakuan sumbang dengan
kekasihnya di lokasi, baru-baru ini. -sumber