KUALA TERENGGANU - Bapa kepada lima anak dan pasangannya yang juga ibu
kepada empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga minggu dan denda RM2,600
selepas mengaku salah cuba melakukan persetubuhan luar nikah, di Mahkamah
Rendah Syariah, di sini, semalam.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Terengganu Kamalruazmi Ismail turut mengarahkan
pasangan kekasih itu dipenjarakan lima bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah
denda berkenaan.
Keputusan itu dibuat selepas Nordin Ismail, 48, dan pasangannya Juliah Yusof, 42,
Keputusan itu dibuat selepas Nordin Ismail, 48, dan pasangannya Juliah Yusof, 42,
mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan
untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
“Sebagai seorang suami dan isteri, kamu berdua sepatutnya menjaga keluarga kamu.
“Sebagai seorang suami dan isteri, kamu berdua sepatutnya menjaga keluarga kamu.
Bukan perkara yang munasabah untuk kamu melakukan perbuatan ini.
"Ini jelas mengkhianati keluarga kamu sendiri dan segeralah bertaubat atas dosa yang
"Ini jelas mengkhianati keluarga kamu sendiri dan segeralah bertaubat atas dosa yang
kamu lakukan.“Dalam usia sebegini, adalah sangat tidak wajar kamu melakukan
perbuatan keji seperti ini dan sebagai ibu bapa kamu sepatutnya memberi contoh
terbaik kepada anak,” demikian kata Kamalruazmi dalam penghakimannya.
Berdasarkan pertuduhan, sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala
Berdasarkan pertuduhan, sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala
Terengganu yang menerima maklumat awam melakukan serbuan di sebuah bilik
di sebuah rumah tumpangan di Jalan Cherung Lanjut, di sini, kira-kira jam 11.05
pagi pada 19 Mei lalu.
Ketika tiba di lokasi kejadian, pasukan penguat kuasa mendapati pintu tertutup rapat
Ketika tiba di lokasi kejadian, pasukan penguat kuasa mendapati pintu tertutup rapat
serta berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas dua minit penguat kuasa
mengetuk pintu dan selain memberi salam.Pintu dibuka oleh seorang lelaki yang
hanya berseluar jeans tanpa baju dan pemeriksaan lanjut penguat kuasa ke dalam
bilik berkenaan menemui seorang wanita yang hanya berseluar jeans tanpa pakaian
dalam bilik air.Hasil soal siasat kemudian mendapati mereka bukan pasangan suami
isteri.
Pendakwaan kedua-dua kes dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal
isteri.
Pendakwaan kedua-dua kes dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal
Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.