Jakarta – Aktres seksi Julia Perez (Jupe) dinobatkan sebagai Ratu Tinju Profesional
Indonesia dalam usaha merancakkan kembali sukan tinju yang semakin suram di negara
itu.
Penganugerahan itu diumum penganjur kejohanan tinju tempatan, Yance Rahman
menjelang kejuaraan tinju yang bakal berlangsung bulan depan.Kejuaraan tinju itu
diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-487 pembukaan Jakarta.
Dengan ternobatnya Jupe sebagai Ratu Tinju Profesional, dia pasti hadir memeriahkan
Dengan ternobatnya Jupe sebagai Ratu Tinju Profesional, dia pasti hadir memeriahkan
kejohanan berkenaan. Selain itu sukan tinju Indonesia juga dirancakkan lagi dengan
penganjuran Kejuaraan Tinju Tali Pinggang Emas Gabenor Jakarta, Piala The Best
Boxer dan Piala Peninju Harapan Jakarta yang diadakan sempena Hari Antidadah
Antarabangsa dan sambutan Kemerdekaan Indonesia ke-69.
Dalam acara itu nanti, Jupe akan dikalungkan pingat emas sebagai simbolik peng-
Dalam acara itu nanti, Jupe akan dikalungkan pingat emas sebagai simbolik peng-
anugerahan gelaran Ratu tinju profesional Indonesia.“Penganugerahan ini bertujuan
menjalinkan kerjasama dengan selebriti terkenal demi merancakkan kembali arena
tinju profesional negara ini yang kian suram,” kata Yance.
Sebelum ini, gelaran sama dianugerahkan kepada seorang lagi aktres seksi Indonesia,
Sebelum ini, gelaran sama dianugerahkan kepada seorang lagi aktres seksi Indonesia,
Camel Petir.Yance berkata, sukan tinju profesional sebahagian daripada pencapaian
negara ini dan ia berkait rapat dengan selebriti. Justeru, kerjasama artis dalam dunia
tinju perlu diwujudkan. “Diharap dengan pemilihan Jupe sebagai duta sukan ini akan
menghidupkan kembali kemeriahannya,” katanya.
Sementara itu, Jupe mengakui bimbang melihatkan prestasi sukan berkenaan yang
Sementara itu, Jupe mengakui bimbang melihatkan prestasi sukan berkenaan yang
semakin merudum selepas tamatnya era peninju hebat seperti Ellyas Pical, Niko
Thomas, Chris John, dan M Rahman, lapor Agensi