New York – Sanggup menyertai program realiti Dating Naked, iaitu sebuah rancangan
berdating sambil bogel, namun kemudian menyaman penerbit rancangan kerana didakwa
melepaskan adegan bergusti hingga menampakkan alat sulitnya.
Itu yang berlaku kepada salah seorang peserta program tidak bermaruah itu, Jessi
Ninewitz, yang marahkan penerbit dan mendakwa penerbit rancangan itu, Viacom
telah memanupulasi dan mempergunakannya hinggakan gambar alat sulitnya terlepas
untuk tayangan.
Dia mendakwa penerbit berjanji akan mengaburkan alat sulitnya dalam adegan bergusti,
tetapi dia tidak kisah berbogel dalam program itu.Dalam adegan itu, Jessi dan pasangan
nya sedang bermain baling bola dalam keadaan bogel dan kedua-duanya kemudian
bergusti di atas pasir di pantai.
Bahagian belakang punggungnya betul-betul mengadap kamera ketika aksi gusti itu
dirakamkan.Jelasnya, selepas sahaja adegan itu disiarkan di TV, dia mendapat banyak
komen malah ada gambar itu dimuat naik dalam media sosial.
Selepas rakaman itu tersebar, Jessi berkata, lelaki yang berpacaran dengannya tidak
lagi menghubunginya.Dia kini menuntut saman sebanyak $10 juta dolar.