KOTA BHARU - Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup
selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk
menyara kehidupannya.
Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi
meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada
‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.
Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin men-
Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin men-
dapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok
selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.
“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah
“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah
anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk
mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.
“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari
pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara
keluarga,” katanya.
Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok
Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok
Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.Hadir dalam majlis terbabit,
Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.
Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja
Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja
namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah
kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya semakin
hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.
“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang men-
dapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.
“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400
“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400
hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.
“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya
“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya
ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat
bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya.
Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila
Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila
turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia
pelacuran.
“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala
perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk
meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.
“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan

bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan
teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal
suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya.