Padah Menipu Ibu ! Gadis Jadi Kenduri Teman Lelaki Dan Rakan-Rakan Selama 5 Jam

 

ARAU: Padah menipu ibu sendiri semata-mata untuk keluar bersama teman lelaki, 
seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diperlakukan seperti hamba seks apabila
dirogol sekurang-kurangnya empat kali oleh empat lelaki berbeza dalam tempoh lima 
jam, minggu lalu.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dikatakan dibawa teman lelakinya yang berusia 17
tahun ke sebuah pondok di kawasan sawah padi di Ngulang dekat sini, kira-kira jam 8
malam......

Selepas dirogol teman lelakinya, mangsa dikatakan dipaksa melayan nafsu tiga lagi 
suspek lain yang juga rakan kepada teman lelakinya sepanjang kira-kira lima jam berada
di pondok berkenaan.

Mengulas kes itu, beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan memaklumkan
kepada ibunya untuk ke pasar malam berdekatan rumah, sebelum melencong ke tempat 
lain bersama teman lelakinya.

Mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. 
Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya.

Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, 
dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu.

Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, Khamis 
lalu, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 
Kanun Keseksaan katanya.

KONGSI KEPADA RAKAN