KUALA BERANG: “Saya dipaksa melakukan hubungan seks dengannya (kekasih)
ketika berusia 13 tahun di dalam semak berhampiran rumah tanpa kerelaan,”
demikian pengakuan seorang remaja berusia 17 tahun yang hanya mahu dikenali
sebagai Mila, ketika menceritakan titik hitam terjebak dalam kancah seks bebas
Noda hitam dalam hidupnya itu akhirnya menyebabkan pelajar di sebuah sekolah
di sini ketagihan seks dan sanggup memperdagangkan tubuh untuk keseronokan
dan memuaskan nafsu liar, walaupun hakikatnya dia masih di bawah umur.
Mila berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang
berusia 20 tahun ketika dia berada di Tingkatan Satu dan masih meneruskan
hubungan terlarang itu bersama beberapa lelaki sehingga kini, walaupun baru
mengenalinya.
Dia yang pernah dibuang sekolah kerana bergaduh dan bercium dengan rakan
lelaki di sekolahnya menceritakan, ibu bapanya tidak mengetahui kehidupan
hitamnya kerana begitu mempercayainya.
“Pernah ibu bertanya mengenai tanda gigitan cinta di leher, tetapi saya bijak
mengatakan digigit semut. Saya percaya ibu tidak mengesyaki apa-apa mengenai
perangai buruk saya kerana sibuk menguruskan adik-adik di rumah,” kata anak
sulung daripada enam beradik itu.
Mila berkata, ketika dia di Tingkatan Satu, dia pernah lari dari rumah kerana
terlalu sayangkan kekasihnya itu dan menjalani hidup bagaikan suami isteri,
hinggalah lelaki itu membuangnya daripada hidup dan meninggalkannya di
tepi jalan.
“Saya sangat sedih ketika dia meninggalkan saya di tepi jalan seperti sampah
selepas kami melakukan hubungan seks. Ketika itu jam 3 pagi dan saya buntu
apa patut dilakukan lalu terus menghubungi bapa dan dia mengambil saya.
Saya tahu keluarga sangat sedih dengan perangai saya, tapi saya sudah ketagih
dan tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya tanpa sebarang riak kesal.
Seorang kawan rapat Mila yang mahu dikenali sebagai Zai, 17, berkata, dia
turut ketagih seks selepas melalui episod ngeri dirogol orang tidak dikenali
ketika berusia 13 tahun dan sehingga kini, dia sering melakukannya dengan
rakan serta senior di sekolah.
“Sejak kejadian hitam itu, saya sering keluar dengan beberapa lelaki dan saya
sukakan keseronokan keluar malam hingga tidak balik ke rumah untuk
menghilangkan kebosanan. Tragedi noda itu berlaku apabila pada satu hari,
teman lelaki saya mengajak keluar dan meminta menunggu di wakaf ber-
hampiran rumah.
“Selepas beberapa jam menunggu dia tidak muncul, sehingga tiba-tiba
Seorang lelaki datang menawarkan untuk menghantar saya pulang, tetapi
dia membawa saya ke dalam semak dan melakukan hubungan seks.Selepas
itu dia mengajak melakukannya di sebuah pondok pula. Saya hanya mengikut
kerana berada dalam keadaan khayal selepas mengambil pil kuda,” katanya.
Zai yang sehingga kini sudah menukar lebih 20 teman lelaki berkata,
dia tidak dapat membendung rasa ketagih melakukan hubungan seks dan
kerap melakukannya di rumahnya, meskipun ahli keluarga ada di rumah.
Seorang lagi rakannya dikenali sebagai Sara, 16, yang turut mengalami
ketagihan seks berkata, dia selalu ke Kuantan, Pahang dan tidur di hotel
bersama kekasihnya sehingga dia dibuang keluarga yang malu memiliki
anak sepertinya.
“Saya selalu makan pil kuda ketika bersamanya dan apabila berjumpa
hubungan kami akan diakhiri dengan seks. Pernah saya tidur di rumah
kawan dan ponteng sekolah selama dua minggu.
“Saya juga sering dijadikan ‘lauk’ oleh sekumpulan samseng jalanan.
Saya dijadikan ‘hadiah’ kepada lebih 20 samseng jalanan yang menang