Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas
tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.
Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya
tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu.
Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan
kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit
di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003.
Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu
menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas
meneroka sebuah kawasan terpencil.Kerana takut mati keseorangan, Ralston
memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.
Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang
sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi