Kuala Lumpur: Kesilapan seorang wanita meminjam wang RM5,000 daripada
ceti haram atau along bagi menjelaskan kos rawatan anaknya di hospital
mengundang padah apabila diperkosa lelaki terbabit di sebuah hotel, kelmarin
selepas gagal melangsaikan hutang.
Lebih malang walaupun diperkosa, namun mangsa berusia 32 tahun tetap dipaksa
menjelaskan hutang yang masih belum dilangsaikan dianggarkan mencecah lebih
RM10,000 termasuk bunga.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis
Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya.
Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani meminjam dengan seorang
along selepas buntu untuk mencari wang bagi membayar kosrawatan anaknya
di hospital.
“Bagaimanapun selepas beberapa bulan mangsa belum dapat melangsaikan
hutang nya itu yang kian bertambah,” katanya.
Menurutnya, along terbabit mengugut supaya mangsa membayar hutang
miliknya jika tidak mahu diapa-apakan dan kononnya akan membuat laporan
polis dan dia boleh dipenjara.
Sumber itu berkata, bimbang dengan ugutan suspek mangsa merayu memberi
masa kepadanya untuk menjelaskan bayaran itu.
“Suspek kemudian memberi cadangan kepada mangsa supaya membuat pinjaman
dengan seorang lagi along dan wang itu boleh digunakan untuk menjelaskan
hutangnya.
“Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa
di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan along
terbabit,” katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk
ke dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu
ingin berbincang di lobi hotel.
“Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak
mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.
“Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut
apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada
sebaliknya suspek terus mengunci pintu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabiladiperkosa
suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang itu dalam
masa terdekat.