Kuala Lumpur – Seorang pekerja hotel yang isterinya sarat mengandung
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan merogol
Tertuduh yang berusia 26 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah
selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida
Affandi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak berusia 10
tahun tujuh bulan itu di dalam tandas rumah di Projek Perumahan (PPR)
Pekan Kepong, di sini, antara April dan Mei tahun lalu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika
sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan
jaminan atas alasan mangsa mempunyai hubungan keluarga dengan tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Dony Abdullah yang mewakili Mohd Nabil memohon
mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan isteri tertuduh
sedang sarat mengandung manakala mangsa ketika ini berada di Perak.
“Malah, ketika anak guam ditahan polis dia melawat isterinya yang sarat
mengandung di Hospital Ampang,” katanya.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 23 Julai ini
untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, dalam satu kes berasingan di mahkamah sama, seorang pekerja
kontrak berusia 41mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan
persetubuhan dengan anak tirinya, minggu lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 26 itu
di dalam bilik sebuah rumah di Setapak, di sini, jam 2 pagi,14 Jun lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan
yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.