Zizan Razak telah membuat statement ringkas di twitter yang berbuyi " Jangan
Menyalak Tanpa Tahu Sebab, Terus Menyelak Sampai Jumpa Pusat ".
Status tweet itu di buat setelah terbongkarkes beliau membekukan akaun syarikat
miliknya Wirefame. Akibat pembekuan akaun itu, artis dibawah naungan
Wirefame tidak mendapat gaji.
Wirefame sebelum ini mempunyai artis seperti Zizan Razak sendiri, Emma
Maembong, Chacha Maembong, Kaka dan Johan Ashaari. Zizan Razak
dan Emma dikatakan telah keluar dari Wirefame yang mana Zizan mendapat
kontrak rm 2juta dari Astro sementara Emma Maembong akan bergerak sendiri.
Wirefame dimiliki hasil perkongsian Zizan Razak dan juga Marina Juki.
Sementara itu Kaka dan Johan Ashaari memang kecewa dengan tindakan Zizan
Razak kerana membekukan akaun syarikat tanpa pengetahuan Marina Juki.
Ini kata Johan Ashaari:
“Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa
sempena Hari Bapa,baru-baru ini, sekarang baru sedikit demi sedikit saya
dapat membantu keluarga hasil duit wang simpanan,”
Menurut Johan, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru dan disebabkan
tindakan Zizan itu, dia kekurangan modal untuk membantu bapanya menampung
perbelanjaan rumah baru.
Ini pula kata Kaka:
“Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat
sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan
Zizan sendiri,”
Mungkin kenyataan Johan dan Kaka ini yang membuatkan Zizan menulis
tweet "Jangan Menyalak" tersebut.