Tak Jadi Rogol, Perompak 'Jatuh Cinta'


Bandar Baharu: Seorang penjenayah yang tiba-tiba ‘jatuh cinta’ terhadap 
mangsanya yang juga seorang gadis berusia 24 tahun, bukan hanya menghalang 
rakannya daripada mencabul atau merogol gadis diminati itu, malah menawarkan
diri untuk menjadi kekasih wanita itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di Kampung Permatang Pasir di sini, suspek
bersama tiga rakannya memecah masuk rumah mangsa sebelum mengepungnya 
di dalam bilik tidur, manakala tiga lagi ahli keluarga mangsa diikat tangan 
sebelum diletakkan di bilik lain.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul berkata, dia yang terjaga daripada
tidur cuba menjerit apabila menyedari dua suspek yang memakai topeng berdiri 
di atas katilnya, namun gagal kerana seorang daripada penceroboh menekup
mulutnya dengan tangan.

“Ketika saya diarahkan berbaring dalam keadaan telentang sambil mulut ditutup, 
 seorang lagi penceroboh cuba mengambil kesempatan mencabul saya.

RAZAK (kanan) ditemani isteri mengemas barangan di bilik tidur selepas 
diselongkar perompak.

“Namun, tindakan itu dihalang oleh penceroboh ketiga yang memberi amaran 
 kan memukul rakannya itu jika saya diapa-apakan dan mengarahkan saya 
 menyerahkan semua wang dan barang kemas yang disimpan.

“Selepas itu dia mengajak saya berbual-bual dan memberitahu sering memer-
hatikan saya di beberapa majlis keramaian. Dia kemudian menawarkan diri 
menjadi kekasih selain melarang penceroboh lain mengambil komputer riba saya 
selepas saya merayu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

KONGSI KEPADA RAKAN