Pelakon Zain Saidin mengakui dia sememangnya tidak terkejut dengan pelbagai
komen kurang enak daripada peminat berhubung gambarnya di atas katil ber
sama isteri, Rozita Che Wan yang dikongsikan isterinya di Instagram, baru-baru ini.
Memetik laporan Gua, Zain menjelaskan, “segalanya tentang Che Ta sering kali
mengundang kontroversi. Gambar ketika kami bercuti di Paris dan Krabi juga
menjadi buah mulut orang, jadi saya tidak terkejut apabila ramai pihak yang
memperkatakan mengenai gambar kami di Bali ini”.
Zain enggan mengambil pusing mengenai cakap-cakap kerana tujuan mereka
berkongsi gambar mesra begitu adalah kerana teruja untuk berkongsi ke
gembiraan mereka dengan peminat di luar sana.Sabar je la Zain, dah awak tu
public figure, setiap tingkah laku pastinya menjadi perhatian mata-mata di luar
sana. Cumanya selepas ini diharap berhati-hati dalam berkongsi gambar yang
boleh mengundang kontroversi di mata peminat anda. –NEWSHUB