Seorang doktor yang merakamkan secara rahsia imej teman sekerjanya
berbogel didapati bersalah atas tiga tuduhan di mahkamah dan dibatalkan
pendaftaran amalannya, lapor media semalam.
Pakar kardiologi, Vivek Baliga, berdepan tuduhan menggunakan kamera
Pakar kardiologi, Vivek Baliga, berdepan tuduhan menggunakan kamera
video untuk mengintip dua wanita teman sekerjanya.
Menurut pertuduhan, Baliga, 33, mempelawa seorang doktor wanita dan
Menurut pertuduhan, Baliga, 33, mempelawa seorang doktor wanita dan
teman lelakinya datang ke rumah ketika itu dia menetap di Leeds. Ketika
menggunakan bilik mandi di situ, wanita terbabit berasa curiga apabila
melihat beberapa kotak menghadap tingkap yang ada di situ.
Selepas memeriksanya, doktor wanita itu mendapati ada peralatan perakam
Selepas memeriksanya, doktor wanita itu mendapati ada peralatan perakam
disembunyikan dalam kotak berkenaan.
Dia kemudian membuat aduan kepada polis dan selepas diperiksa, lebih banyak
Dia kemudian membuat aduan kepada polis dan selepas diperiksa, lebih banyak
imej ditemui tersimpan dalam komputer Baliga. Antara imej yang ada, doktor
wanita sama mandi di rumahnya sendiri, serta seorang lagi doktor wanita yang
sedang menggunakan tandas juga di rumahnya.
Baliga yang ketika itu melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam
Baliga yang ketika itu melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam
kajian kardiologi, dihukum menjalani khidmat komuniti selama tiga tahun.
Dia juga diarah mengambil bahagian dalam program rawatan pesalah seks.
Dia juga diarah mengambil bahagian dalam program rawatan pesalah seks.
Hakim Scott Wolstenholme berkata, tingkah laku Baliga sebagai “men-
jijikkan dan keji.” Panel Perkhidmatan Tribunal Pengamal Perubatan berkata,
mereka mendapati perbuatan Baliga tidak melayakkannya terus menjadi doktor.
“Kesalahan yang disabitkan ke atas kamu serius dan dibuat untuk kepuasan
“Kesalahan yang disabitkan ke atas kamu serius dan dibuat untuk kepuasan
seksual sendiri. “Ia dilakukan secara terancang, berulang dan dalam tempoh
lama,” katanya. Justeru, kata panel itu, ia tidak dapat diterima sebagai perbuatan
seorang pengamal perubatan.