Isteri Sarat Mengandung Dibakar Suami Kerana Gagal Beri ‘Dowry’


Seorang isteri yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, Rihana Shekh 
Dhafali telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya selepas keluarga Rihana 
dikatakan gagal memberikan wang hantaran perkahwinan yang berupa 
sebuah motosikal dan seekor kerbau, sebulan lalu.

Disebabkan perbuatan kejam suaminya, Farid Sheikh, Rihana telah ke-
guguran bayi yang dikandungnya selepas disimbah minyak tanah di badan
Rihana yang tinggal di Miyapur, India kemudiannya telah dihantar ke hospital
oleh ahli keluarga suaminya yang turut mendesaknya mengakui perbuatan
membakar diri itu adalah hasil daripada kecuaiannya sendiri.

Rihana turut mendakwa sebelum ini suaminya pernah membakar alat sulit 
Rihana dengan menggunakan rokok malah kerap-kali menghinanya gara-gara 
kegagalannya menyediakan barang hantaran tersebut.

Bapa Rihana, Mohammad Samim Shekh Dhapali yang mengetahui mengenai
insiden tersebut terus bergegas melawat anaknya di India dan kemudiannya
membawa pulang Rihana ke Nepal, di mana anak perempuannya mengakui
kebakaran itu dimulakan oleh suaminya selepas dia tidak berpuas hati kerana 
masih lagi tidak menerima barang hantaran berupa sebuah motosikal dan seekor
kerbau seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Rihana kini sedang dirawat di Kathmandu untuk rawatan lanjut berhubung 
kecederaannya dan pihak polis Nepal juga sedang menyiasat insiden tersebut 
untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB
KONGSI KEPADA RAKAN