( Video ) Wanita Cun Dibogel Di Khalayak Umum


CHINA: Seorang wanita yang dipercayai perempuan simpanan diserang hendap oleh 
empat wanita yang sedang 'naik hantu' ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya
dekat Puyang, di sini baru-baru ini, lapor DailyMail.


Mangsa yang dikenali sebagai Lin Yao Li, 38, dikatakan dipukul dan ditendang di 
bahagian paha serta dada oleh isteri kepada kekasih mangsa di tempat awam dengan
kejam ekoran berang dengan kelakuan mangsa yang telah tidur bersama suami wanita 
tersebut.

Lebih malang, bukan sahaja dibelasah dengan teruk, isteri kepada kekasih mangsa
bersama tiga rakannya turut bertindak membogelkan mangsa tanpa rasa simpati di 
kaki lima sebuah pusat membeli belah di sini.

Tidak hanya ditendang bertubi-tubi, aksi ala-ala kung fu itu turut menyaksikan mangsa ditarik rambut di sepanjang laluan pejalan kaki di Bandar Puyang dalam keadaan 
berbogel.

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian orang awam hanya mampu melihat kejadian 
tersebut tanpa bertindak untuk menolong mangsa dengan beranggapan ia melibatkan
“urusan hati” antara golongan wanita, meskipun mangsa sedang meraung kesakitan.

Memetik kenyataan seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, kepada sebuah televisyen
tempatan sebagai berkata, kejadian sebegitu disifatkan sebagai ‘perkara biasa’.

“Isteri marah dan teman wanita membalas dendam kepada lelaki yang menipu mereka 
dengan menyerang wanita lain.

“Orang ramai tidak cenderung untuk melibatkan diri kerana mereka melihat ia sebagai 
“luahan” di dalam hati,” katanya yang membantu mangsa selepas melihat mangsa dalam
keadaan terbaring gara-gara dipukul dengan teruk.

Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital di Ibu Negara untuk mendapat rawatan lanjut.

Dilaporkan, kejadian serangan hendap tersebut merupakan kejadian kedua di China
selepas kejadian seorang wanita sebelum ini yang juga teruk dibelasah dan dibogelkan 
di tepi jalan.
 
KONGSI KEPADA RAKAN