Pelajar Tingkatan 3 Dihenjut Bangla Kini Mengandung Enam Minggu


Kekerapan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berkunjung ke rumah teman
lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan maksiat dilakukannya
malah dia kini hamil enam minggu selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Mahsuri,
dekat Padang Serai, di sini.

Difahamkan, remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah 
Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak wasangka 
dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri 
dekat Padang Serai, di sini.

Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, remaja terbabit
disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital Kulim ke atas gadis itu, 
selepas ditahan dala operasi cegah maksiat Rabu lalu.


KONGSI KEPADA RAKAN