Pasangan suami isteri yang agak sensasi, Diana Rafar dan Zamarul Hisham kembali
menjadi perhatian apabila Diana sering menghabiskan masa bersama anaknya iaitu
Kashfi Haikal daripada suaminya.
Namun, Diana Rafar atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar menegaskan
perkahwinannya dengan Zamarul masih bahagia dan masing-masing menjalankan
tugas serta tanggungjawab terhadap keluarga.
“Saya masih seperti biasa, sibuk dengan rutin harian, menjaga anak dan memasak.
Zamarul pula sibuk dengan penggambaran.
Saya akui Zamarul memang sering sibuk dengan penggambaran dan menyebabkan
kami jarang dapat ke majlis hiburan atau majlis lain bersama.
“Lagipun kerja kami tidak sama, dia dengan jadualnya dan saya dengan jadual saya.
Apa pun setakat ini saya masih lagi bahagia bersama,” katanya.