Hebatnya cinta. Kerana cinta, empayar Rom musnah. Kerana cinta, seorang lelaki
yang kacak, macho dan tampan seperti Kamal Adli sanggup melutut untuk menagih
cintanya kembali. Itulah kehebatan cinta. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup
direnangi.
Mungkin kalau si kekasih suruh terjun bangunan pun si lelaki sanggup lakukan kerana
mabuk dilamun cinta. Memang ajaib penangan cinta ini.
Lagi hebat apabila 6 tahun bercinta dan ditinggalkan begitu sahaja seperti yang dialami
oleh Kamal Adli. Sedih Abang Nara membaca luahan kata-kata Kamal Adli di BiPop
hujung minggu lalu.
Mana tidaknya, Kamal Adli sanggup berlutut di hadapan Intan Ladyana. Sayangnya
Intan Ladyana buat tak tahu sahaja. Memang pedih jiwa dibuatnya.Jadi di sebalik
perpisahan itu, apa agaknya punca Intan Ladyana tergamak memutuskan hubungan
cinta dengan Kamal Adli? Takkan putus macam tu je? Jom baca di bawah pendedahan
oleh ahli-ahli gosip di sebuah forum terkenal - BLOG MYMEDIAHUBONLINE.