Batu Pahat - “Kami diseret 10 meter ke ladang sawit di belakang rumah sebelum anak
perempuan bongsu saya dirogol seorang daripada penjenayah berkenaan,” kata seorang
wanita dikenali sebagai Mah berusia 50-an di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua beranak itu turut dirompak dua penjenayah yang
menceroboh rumah mereka di sebuah kampung di daerah ini. Menceritakan kejadian
itu, Mah berkata, mereka sedang tidur di ruang tamu rumah pusaka keluarga sebelum
dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang menutup muka dengan kain.
“Penjenayah yang bersenjatakan parang dan pisau itu memaksa kami mengambil
“Penjenayah yang bersenjatakan parang dan pisau itu memaksa kami mengambil
barangan berharga selain berdiam diri jika tidak mahu leher dikelar. “Mereka mengugut
anak perempuan supaya menyerahkan wang dan barangan berharga atau disembelih
sebelum anak menyerahkan wang simpanannya RM200,” katanya ketika. – hmetro