Seorang jururawat telah dikritik hebat selepas berkongsi gambar selfie dengan limpa
seorang remaja di laman sosial yang kini sedang berhadapan dengan hukuman berat.
Remaja berusia 16 tahun itu dikatakan telah mengalami kecederaan yang agak teruk
selepas terjun dari sebuah bangunan 8 tingkat dalam cubaan membunuh diri.
Jururawat berkenaan yang dikenali sebagai Gulnaz Yalalova bukan sahaja berkongsi
gambar itu tetapi turut menggelar remaja perempuan itu sebagai 275lbs schizo bersama
rakan-rakanya.