HATI2 BILA ANDA UPLOAD FOTO2 ANDA DI FACEBOOK.!! JANGAN JADI MANGSA MACAM GADIS CANTIK NIH..!!


BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang 
dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai 
hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?

Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik 
gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan 
sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan 
tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis 
melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain 
dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah.

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang 
mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan 
untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar
terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa 
laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada 
pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan 
pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu. 


KONGSI KEPADA RAKAN