Selamat hari lahir buat pelakon seksi, Izara Aishah yang ke-22 yang disambut lebih
awal semalam di Pavilion Center Court, Kuala Lumpur. Majlis kejutan itu dianjurkan
oleh syarikat SHISEIDO Malaysia di mana Izara ialah salah seorang duta produk
mereka.
Walaupun sambutan tersebut cukup sederhana namun tetap membuat Izara beremosi
dan menangis kerana tidak menyangka menerima penghormatan dari syarikat terbabit.
Dalam majlis hari jadinya, Izara memakai busana paras peha berwarna merah menyala
dan agak ketat mengikut bentuk badannya. Ia menarik perhatian ramai media dan
peminat yang turut sama hadir menyaksikan.