Seorang gadis dari Baram dirogol oleh seorang lelaki yang baharu dikenalinya melalui
aplikasi pesanan, WeChat selepas mangsa bertindak berani mengatur pertemuan dengan
lelaki itu, lapor The Borneo Post.
Kejadian dilaporkan berlaku dalam sebuah kereta di Jalan Astana, Kuching lebih kurang
pukul 11 malam tadi.
“Suspek pada awalnya berjanji mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan
“Suspek pada awalnya berjanji mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan
bandar, tetapi suspek telah membawa mangsa ke Jalan Astana.
“Bagaimanapun, suspek kemudian bertindak membuka seluar lalu merogol mangsa
“Bagaimanapun, suspek kemudian bertindak membuka seluar lalu merogol mangsa
di tempat duduk belakang kereta,” lapor The Borneo Post yang memetik kenyataan
sumber.
Laporan itu juga menyebut suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah
Laporan itu juga menyebut suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah
sewa setelah melepaskan nafsu serakahnya.Mangsa memberitahu kejadian itu kepada
rakannya. Dia kemudian dibawa oleh rakannya itu untuk membuat laporan polis dan
menjalani pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak.