Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dia terpaksa bersama dalam kereta
di Lebuhraya Elite. Dalam kejadian pada jam 6 petang semalam, lelaki berkenaan
hanya menerima bantuan dari petugas hospital melalui telefon. Hasil tunjuk ajar yang
diberikan itu, lelaki itu berjaya mengikuti tunjuk ajar yang diberikan dan beliau
mendapat seorang bayi lelaki yang sihat.
Bagaimanapun, 15 minit kemudian Ambulans Putrajaya tiba di lokasi kejadian. Ibu
dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapat rawatan lanjut.
Pastinya ini mejadi satu kenangan yang tidak ternilai harganya bagi pasangan ini
terutama si suami yang menyambut kelahiran anaknya sendiri. Tahniah kepada
pasangan terbabit.