Kuala Lumpur - Datuk RM5. Mungkin itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki
warga emas yang selera jijik iaitu melakukan seks oraI terhadap beberapa kanak-kanak
perempuan di sekitar rumahnya dengan membayar RM5 kepada mangsa.
Lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai menggunakan cucu perempuannya sebagai umpan
untuk mengajak rakan-rakannya berusia sembilan dan 10 tahun datang ke rumah suspek.
Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak perempuan didakwa menjadi mangsa nafsu
buas suspek yang menjadikan rumahnya di Pantai Dalam sebagai lokasi untuk
melakukan perbuatan itu sejak 10 bulan lalu.
Bagaimanapun, perbuatan itu diketahui ahli keluarga mangsa Isnin lalu yang kemudian
membuat laporan di Balai Polis Pantai, Ahad lalu untuk tindakan lanjut.
Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek mula melakukan perbuatan itu sejak
penghujung tahun lalu bermula dengan cucunya sendiri, lapor Hmetro.