AKHIRNYA !!! Cik Wawa Tewas ‘DIPUKAU’ Untuk Dirakam Tanpa Seurat Benang!


Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita (Cik Wawa ) yang 
berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum 
dipaksa membayar RM1,500.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan 
menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.

Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba 
berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.

“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan 
 mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.



“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian
 meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam 
di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik.“Suspek kemudian sekali lagi 
menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video
aksi itu disebarkan.

“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai 
‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya. 

KONGSI KEPADA RAKAN