Pencuri Kereta Hisap Puting Diburu Polis

gambar hiasan
 
Oklahoma City: Polis di bandar raya ini melancarkan operasi memburu seorang 
lelaki penghisap puting kerana mencuri kereta.

Suspek yang digelar ‘Binky Bandit’ (gambar) didakwa merompak dan mencuri 
kereta minggu lalu. Rakaman video berhampiran tempat kejadian menunjukkan 
lelaki itu menghisap puting. 

Walaupun gambar itu agak menggelikan hati, jurucakap Jabatan Polis Oklahoma 
City mengingatkan penduduk bahawa lelaki terbabit penjenayah berbahaya. 


Sarjan Jennifer Wardlow berkata, suspek mungkin kelihatan keanak-anakan
tetapi jenayahnya serius.

“Mangsa pertama tidak cedera tetapi mangsa kedua mungkin tidak bernasib
 baik,” katanya.

Dalam kejadian minggu lalu, lelaki kulit hitam itu dipercayai penagih dadah 
berusia 18 tahun, merompak mangsa dan merampas kunci kereta sebelum 
melarikan kenderaan mangsa. - AFP

KONGSI KEPADA RAKAN