Kantoi !!! Perempuan Simpanan Tersilap Upload Gambar


Gara-gara tersilap memuat naik gambar ke media sosial, seorang perempuan simpanan
telah mendedahkan wang tunai yang dimilikinya iaitu sebanyak £3 juta di dalam bank.
Rupa-rupanya dia bukan sahaja memuat naik gambar bersama kekasihnya yang juga
orang kuat parti politik di China, Luo Zhiyuan di Facebook, sebaliknya dia juga memuat
naik akaun bank tanpa disedarinya.

Entri tersebut telah menyebabkan Facebook wanita itu, Li Shanshan dihujani dengan 
pernyataan mengenai wang tersebut.Shanshan sebelum ini berbuat demikian kerana ingin 
mengajar kekasihnya yang dikatakan enggan membayar nafkah kepada anak mereka.

Sebagai bukti bahawa dia adalah kekasih Zhiyuan, Shanshan merakamkan selfie bersama
Zhiyuan yang ketika itu sedang tidur bersama, dan dimuat naik dalam facebook.
Kini timbul persoalan sama ada Zhiyuan sudah membayar nafkah berkenaan atau tidak, 
dan berdasarkan akaun yang dimuat naiknya itu, sudah pasti ia menunjukkan bahawa 
wang nafkah itu sudah dijelaskan kekasihnya.

Namun selepas dihujani pelbagai pertanyaan, Shanshan terus memadamkan entri 
berkenaan.Bagaimanapun dia kemudiannya menulis dalam Facebook bahawa wang
berkenaan tiada kaitan dengan Zhiyuan, dan ia merupakan urusan peribadinya.

Shanshan juga mendakwa ahli politik yang kaya itu telah memanupulasi orang ramai 
untuk mendapatkan kontrak dan telah menggodanya untuk menjalin hubungan dengannya
Dalam pada itu, Zhiyuan dalam satu mesej pesanan ringkas memberitahu perempuan 
simpananya bahawa jika dia kehilangan pekerjaan, maka wanita itu akan menerima padah

-sentiasapanas

KONGSI KEPADA RAKAN