Seorang penuntut wanita universiti di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai
selesai membersihkan diri selepas ‘bersama’ teman lelakinya, terkejut apabila men-
dapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa
bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu, kelmarin.
Gadis tempatan yang juga penuntut IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menjalani
latihan amali di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah dan mengambil kesempatan
berasmara dengan kekasihnya, jam 11.30 malam.
Bagaimanapun, perbuatan pasangan kekasih itu dihidu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menyerbu bilik berkenaan sebelum men-
dapati teman lelakinya yang berusia 21 tahun terbaring keletihan di atas katil.
Pemeriksaan di bilik berkenaan mendapati pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan
di atas lantai, malah ketika disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan
mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu.
Penolong Ketua Penguat kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, ketika serbuan
beberapa penguat kuasa mengetuk pintu bilik pasangan terbabit beberapa kali sebelum
dibuka seseorang. –Webberita