KANTOI !!! Kerap Masuk Tandas Dedah Rahsia Wanita Cun Ini


Shah Alam: Selepas enam kali keluar masuk tandas, seorang remaja perempuan akhirnya
ditahan anggota Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif dadah 
jenis syabu dalam Operasi Bersepadu di Plaza Tol Batu Tiga di sini, pagi semalam. 

Remaja berusia 20 tahun itu pada mulanya memberi alasan tidak boleh membuang air 
kecil selepas teman lelakinya yang berusia 25 tahun didapati positif dadah, namun
mengaku sudah tiga bulan mengambil bahan terlarang itu. 


Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Diana mengaku mengambil syabu selepas 
diperkenalkan rakan selain mendakwa semakin rajin bekerja selepas mengambil dadah
itu. Pada mulanya, saya hanya mahu mencuba, tetapi selepas mengambilnya saya jadi
semakin rajin bekerja dan tidak mudah penat.

Saya bekerja sebagai kerani jadi perlu memberi sepenuh perhatian selain beban kerja 
yang banyak. PEGAWAI JPJ mengeluarkan saman ke atas pemandu yang melakukan
kesalahan dalam operasi. 

“Saya hanya membelanjakan RM50 mendapatkan bekalan dan kali terakhir saya ambil
 tiga hari lalu,” dakwanya ketika ditemui dalam operasi itu semalam. 

KONGSI KEPADA RAKAN