Padah Bersetubuh Luar Nikah


BEIJING: Parti Komunis yang memerintah China terus menghukum ahli-ahlinya yang
terlibat dengan "hubungan luar nikah" dalam usaha membersihkan imej anggotanya
daripada kaki rasuah dan kaki perempuan.

Mao Xiaobing, bekas pegawai kanan di Xining, sebuah bandar di barat laut China, jadi 
sasaran terbaru. Dia dipecat daripada jawatan dan parti, kata badan pemantau disiplin 
dan siasatan parti itu pada Rabu.

"Mao mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk mencari keuntungan bagi
 pihak orang lain, meminta dan menerima rasuah yang besar serta terlibat dalam seks
 di luar perkahwinan," kata badan itu.

Akhbar China Daily sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya enam pegawai telah
dihukum sejak Jun atas dakwaan terlibat dalam seks luar nikah. Dalam kes-kes sebelum
ini, ia menggunakan istilah yang kurang jelas seperti "keruntuhan moral".

Hubungan seks luar nikah bukan satu kesalahan di China. Namun Parti Komunis sejak 
beberapa tahun telah dimalukan dengan laporan mengenai ahli-ahlinya yang menyimpan
beberapa orang wanita. Pemimpin parti itu, Xi Jinping baru-baru ini berikrar akan 
meningkatkan tahap disiplin ahli-ahli partinya.

Parti itu bulan lalu memaklumkan ahli-ahlinya yang didapati bersalah kerana
mempunyai hubungan sulit "akan dipecat daripada jawatan atau dilucutkan keahlian".

KONGSI KEPADA RAKAN