Sudah menjadi kebiasaan dunia selebriti apabila dikaitkan dengan golongan VVIP
atau kerabar diRaja.
Malah Murai Batu tak hairan jika ada sesetengah selebriti wanita yang terjun ke dalam
bidang seni semata-mata untuk menarik perhatian golongan ini supaya dijadikan isteri
atau paling tidak pun teman wanita.
Terbaru Murai Batu difahamkan ada kerabat diRaja yang telah berkunjung ke sebuah
Terbaru Murai Batu difahamkan ada kerabat diRaja yang telah berkunjung ke sebuah
butik barangan kemas mewah antarabangsa di Pavilion untuk bertanyakan berkenaan
sebentuk cincin berlian bagi dihadiahkan kepada kekasih hatinya.
Khabarnya, kerabat diRaja itu sangat simple orangnya dan beliau tidak memerlukan
Khabarnya, kerabat diRaja itu sangat simple orangnya dan beliau tidak memerlukan
pengiring yang ramai untuk menemaninya membeli-belah, sekali pun untuk masuk
ke butik barangan kemas berkenaan.
Daripada info yang Murai Batu dengar, kerabat itu sangat ringkas dan datang ke butik
Daripada info yang Murai Batu dengar, kerabat itu sangat ringkas dan datang ke butik
berkenaan dengan hanya menyarungkan seluar denim dan kasut jenis loafer.
Khabarnya, pemuda yang hanya ditemani seorang pengiring atau pembantu itu telah
Khabarnya, pemuda yang hanya ditemani seorang pengiring atau pembantu itu telah
bertanyakan tentang sebentuk cincin berlian yang khabarnya bernilai ratusan ribu
ringgit.
Mungkin ramai yang tertanya, bagaimana Murai Batu tahu bahawa cincin yang dicari
Mungkin ramai yang tertanya, bagaimana Murai Batu tahu bahawa cincin yang dicari
oleh kerabat itu ditujukan untuk seorang selebriti wanita popular?Jawapan Mura Batu
senang saja, kalau tak ada angin, bagaimana pokok bisa bergoyang?
Untunglah nasib selebriti wanita terkenal itu. Sudahlah cantik, ada kekasih yang sudi
Untunglah nasib selebriti wanita terkenal itu. Sudahlah cantik, ada kekasih yang sudi
menghadiahkan dengan sebentuk cincin berjenama mewah. Pasti ramai wanita di luar
sana yang akan makan hati.Mungkin juga cincin yang dicari itu merupakan cincin
melamar atau bertunang kerana kejadian itu berlaku sebelum Ramadhan lalu lagi.
Murai Batu: Tak pernah ada jejaka yang teringin belanja Murai Batu makan di tempat
Murai Batu: Tak pernah ada jejaka yang teringin belanja Murai Batu makan di tempat
mahal.