Kejam !!! Suami Paksa Isteri Hamil Bersetubuh Dengan Bangla Di Kepong


Gombak: Seorang wanita sarat mengandung dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii
suaminya berjaya menyelamatkan diri, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, wanita malang berusia 26 tahun dikatakan sudah
tidak tahan menjadi mangsa nafsu suaminya apabila lelaki berusia 34 tahun itu me-
maksa mangsa bersetubuh dengan seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai 
Nizam di kediaman mereka di Kepong, di sini.

Difahamkan, wanita terbabit berjaya melarikan diri selepas dipercayai dipaksa suaminya
sebanyak tiga kali untuk mengadakan hubungan seks dengan Nizam sejak tiga bulan lalu 
sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Ali Ahmad berkata, lelaki warga
Bangladesh berusia 26 tahun bersama suami mangsa telah ditahan di dua lokasi 
berasingan semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan
dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

KONGSI KEPADA RAKAN