Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat
pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan
sulit dengan suami orang.
Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli
manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah
tangga yang dibina selama 10 tahun.
“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam
rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin
berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.
Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:
“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui
kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas
dasar suka sama suka.
Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat
untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia
perniagaan.
Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan
latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup
melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.
Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan
saya dia akan penuhi.
Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia
sembilan tahun.
Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan,
ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan
mencurigakan.
Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan
saya terlalu cemburu.
Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain
dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”
– sumber Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli
keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua