Tak tau la apa nak jadi dengan orang dewasa sekarang ni, perangai masing-masing
mengalahkan budak tadika. Sepatutnya yang dewasa menjadi contoh yang baik untuk
anak-anak muda. Tapi yang ini tidak...
Satu video yang sempat di rakam oleh seorang penumpang sebuah bas menunjukkan,
seorang wanita dalam umur 30 an sedang berdiri untuk membetulkan sesuatu. Tiba-
tiba naik seorang pakcik tua terus duduk di tempat wanita itu berdiri.
Apa lagi tak puas hati la wanita tu...berlakulah pergaduhan berebut kerusi dalam bas tu.
Tolak-menolak tepis-menepis, orang ramai cuba meleraikan tapi tak dilayan.
Kerana tidak mahu mengalah wanita itu sanggup duduk diatas pangkuan pakcik tua yang
rembat kerusinya. Hmmm...tetap tak mahu mengalah macam budak-budak. Yang
pakcik tu pun satu kurang ajar, dah tau tempat tu ada orang jangan lah duduk.