Baru sahaja Irma Hasmie mengadakan kenduri kesyukuran dan tahlil di kediaman
mentuanya hujung minggu lalu sempena selamat bersalin anak kedua pada 18 Julai
2014. Hari ini, dia akan menjalani satu pembedahan di bahagian kakinya!
Khabarnya, pembedahan yang akan dilakukan hanya melibatkan 'minor operation'.
"Ia hanya pembedahan kecil di bahagian tapak kaki iaitu bagi membuang cyst. Menurut doktor cyst itu terbentuk kemungkinan disebabkan oleh faktor pemakanan saya sebelum
ini yang gemar memakan makanan ringan.
"Sebelum ia membesar atau merebak, doktor perlu mengorek dan membuanganya. Jika
tidak ia akan memberi kesan kepada tulang belakang ekoran keadaan kita yang tidak
seimbang ketika berjalan," ujar Irma dipetik sebagai berkata.
Untuk info, kesan cyst yang ada ditapak kaki akan terasa sakit apabila pesakit berdiri
lama dan memijak benda keras.
Pengacara program bual bicara 'Assalamualaikum' di TV Alhijrah telahpun dimasukkan
Pengacara program bual bicara 'Assalamualaikum' di TV Alhijrah telahpun dimasukkan
ke wad sehari lebih awal iaitu semalam. -Myartis