Gempar !!! Bomoh Minta Bogel, Melancap Pesakit Dan Waris Di Segamat

 
Segamat: Seorang pengamal perubatan tradisional ditahan, kelmarin, bagi membantu 
siasatan berikutan dua laporan mengenai ritual pelik yang dilakukannya ketika proses
rawatan, termasuk meminta waris lelaki pesakit berbogel dan dia melakukan onani 
terhadap mereka.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di pusat rawatannya di taman perumahan di sini, kira-
kira jam 12.30 tengah malam kelmarin, susulan dua laporan polis yang dibuat terhadap
nya beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki 
tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai ritual pelik dilakukannya yang
bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut melakukan pencabulan seks 
terhadap waris lelaki pesakit dirawatnya.

Menurutnya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun membuat laporan polis mendakwa
menjadi mangsa cabul suspek ketika menemani ibunya yang berusia 54 tahun mendapat-
kan rawatan membuang saka kira-kira jam 9.30 malam, 7 September lalu.

“Remaja lelaki berkenaan dijadikan pengantara dalam proses rawatan itu dan dia diarah 
berbogel sebelum suspek melakukan onani terhadap mangsa beberapa kali sehingga 
tamat upacara pada jam enam pagi.“Semua proses rawatan dilakukan dalam bilik yang 
hanya diterangi lampu kecil kononnya bagi mengelak dikesan saka yang mengganggu
ibu mangsa,” katanya.Mohd Kamil berkata, seorang lagi lelaki berusia 21 tahun men-
dakwa turut menjadi mangsa pengamal perubatan tradisional itu dalam kejadian jam 
9.30 malam, 6 September lalu, di tempat sama.

Katanya, mangsa mendakwa turut melalui upacara yang sama ketika menemani ibunya
yang berusia 50-an untuk membuang saka sehingga menyebabkan dia trauma apabila 
diperlakukan demikian oleh lelaki berkenaan.

“Berdasarkan keterangan mangsa, lelaki yang sudah berkahwin itu tidak mengenakan 
bayaran.“Suspek kini direman sehingga 13 September depan bagi membantu siasatan
kerana disyaki mencabul. “Polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa 
perbuatan tidak senonoh lelaki itu turut tampil menyalurkan maklumat,” katanya.

KONGSI KEPADA RAKAN